Pengertian Jujur dengan Allah s.w.t.-
Jujur dari sudut bahasa bererti kebenaran dan ketulusan.
Jujur dari pandangan syarak pula membawa erti, kejujuran niat seseorang dengan Allah s.w.t. dalam kehidupannya.
Dalil-Dalil Al-Qur'an tentang Kepentingan Jujur kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman:
"Barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka dia akan bersama dengan orang-orang yang Allah beri nikmat dari kalangan para Nabi, para siddiqin (orang-orang yang jujur dan benar), para syuhada' (mati syahid) dan orang-orang soleh…" Al-Ayat (Surah An-Nisa: 69)
Imam Al-Qusyairi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: "sesungguhnya kejujuran itu tiang bagi urusan (perjalanan menuju Allah s.w.t.) dan penyempurnanya. Ia merupakan sistemnya. Ia merupakan darjat kedua (tinggi) setelah darjat kenabian seperti dalam ayat tersebut…"
Allah s.w.t. juga memerintahkan orang-orang beriman untuk beserta dengan orang-orang yang jujur seperti dalam firmanNya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan bersertalah kamu dengan orang-orang yang jujur" (Surah At-Taubah: 119)
Allah s.w.t. juga mengambarkan bahawasnya, golongan yang jujur ini terlalu sedikit dari kalangan umat Islam kerana ia merupakan satu golongan yang terpilih seperti dalam firmanNya:
"Dari kalangan orang-orang beriman itu, ada sekelompok manusia yang jujur lagi menepati perjanjian mereka kepada Allah" (Surah Al-Ahzab: 23)
Bahkan, pada hari Akhirat kelak, Allah s.w.t. menjamin bahawasanya, kejujuran orang yang jujur akan mmberi manfaat kepada mereka sendiri seperti dalam surah Al-Ma'idah ayat 119 yang berbunyi:
Allah berfirman: "Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. (Surah Al-Ma'idah: 119)
Rasulullah s.a.w. juga sering menggalakkan umatnya untuk bersikap jujur dan menjelaskan bahawasanya kejujuran itu pintu kepada kebaikan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya, kejujuran itu membawa kepada kebaikan. Sesungguhnya, kebaikan itu membawa kepada syurga. Seseorang tidaklah sentiasa jujur melainkan akhirnya Allah s.w.t. menulisnya (menggelarnya) sebagai orang yang siddiq…" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Abdul Qadir Isa r.a. berkata: "Sesungguhnya, tidak ada yang lebih tinggi dari maqam kejujuran melainkan maqam kenabian. Adapun maqam kejujuran itu, merupakan maqam kewalian yang agung dan khilafah yang besar. Sesungguhnya, dalam maqam inilah, seseorang akan mencapai pembukaan hati dalam mengenal Tuhannya, mendapat penjelmaan Allah s.w.t. dalam perasaannya, kerana kesempurnaan nafsunya dan kebaikan sifatnya."
Dalil-dalil daripada As-Sunnah Mengenai Kejujuran
Nabi s.a.w. juga sering menggalakkan umatnya untuk bersikap jujur dan menjelaskan bahawasanya kejujuran itu pintu kepada kebaikan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya, kejujuran itu membawa kepada kebaikan. Sesungguhnya, kebaikan itu membawa kepada syurga. Seseorang tidaklah sentiasa jujur melainkan akhirnya Allah s.w.t. menulisnya (menggelarnya) sebagai orang yang siddiq…" (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.w.t. juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Kejujuran itu ialah ketenangan…" (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w. juga mencela sifat yang berlawanan dengan kejujuran iaitu sifat dusta, seperti sabda Baginda s.a.w. ketika seorang sahabat r.a. bertanya: "Adakah seseorang mu'min itu pendusta?"
Lalu, Nabi s.a.w. menjawab: "Tidak" (Hadith riwayat Imam Malik)
Telah berkata Abdul Qadir Isa r.a.:
"Hendaklah bagi setiap yang ingin menuju Allah s.w.t., dengan berjalan di atas jalan Najah (yang menyelamatkan dirinya) dan seterusnya sampai kepada Allah s.w.t., agar merealisasikan tiga sifat yang utama iaitu: jujur, ikhlas dan sabar, kerana semua sifat-sifat kesempurnaan yang lain tidak akan dapat dicapai oleh seseorang melainkan dengan tiga sifat tersebut. Begitu juga, tidak sempurna sesuatu amalan melainkan dengan tiga sifat tersebut. Jika sesuatu amalan tidak disertakan dengan sifat-sifat tersebut, maka amalan tersebut akan rosak dan tidak akan diterima.
"Sesungguhnya, faktor pendorong yang paling kuat dalam merangsang seseorang untuk melakukan amal soleh dan seterusnya meningkatkan kerohanian kepada peringkat kesempurnaan, ialah sifat jujur…
"Al-Syarif Yusuf Al-Hasani berkata
"Sesungguhnya, kejujuran itu merupakan pintu utama untuk menuju Allah s.w.t.. Bahkan, kejujuran itu sendiri merupakan jalan paling pintas untuk sampai kepada Allah s.w.t.. Kejujuran itu juga merupakan pintu bagi amalan."
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
Kejujuran itu ada enam jenis:
Pertama: Jujur Lisan yang mana ianya berkaitan dengan apa yang dikhabarkan oleh lidah itu sendiri. Antaranya adalah: menepati janji dan sumpah, menjauhi sifat dusta dan sebagainya.
Kedua: Jujur dari sudut Niat dan Kehendak: Ini kembali kepada perbahasan Ikhlas, iaitu, tiada yang menjadi faktor yang membangkitkan keinginannya untuk beramal, melainkan Allah s.w.t. (iaitu, hanya melakukan sesuatu keranaNya).
Ketiga: Jujur pada keazaman dalam melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t. (yang mana, lahirnya semangat untuk melakukan amalan tersebut dan semangat itu juga lahir kerana Allah s.w.t.).
Keempat: Jujur dalam melaksanakan apa yan diazam (melakukan amalan keranaNya, dengan istiqomah dan tidak takut celaan makhluk dalam melakukannya, kerana dia melakukannya kerana Allah s.w.t..)
Kelima: Jujur dalam Beramal itu sendiri, di mana tidak melakukan amalan zahir yang mana, ianya bercanggah dengan apa yang di batin (tidak hipokrit dan bersifat kepura-puraan dalam beramal, dengan melakukan sesuatu yang pada hakikatnya tidak lahir dari niat yang ikhlas, tetapi cuba menunjukkan zahir yang bercanggah dengan batin).
Keenam: Jujur dalam setiap maqam, seperti takut, harap, mengagungkan nikmat Allah s.w.t., zuhud, redha, tawakkal dan kecintaan."
Abdul Qadir r.a. berkata:
"Mafhum kejujuran di sisi orang awam terbatas kepada kejujuran dari sudut lisan semata-mata, sedangkan kejujuran di sisi ahli sufi mempunyai mafhum yang lebih luas, mencakupi kejujuran dari sudut lisan, kejujuran dari sudut hati, kejujuran dari sudut perbuatan dan kejujuran dari sudut hal."
Oleh yang demikian, sifat jujur itu merupakan satu sifat yang membangkitkan keazaman, kesungguhan dan semangat untuk terus mempertingkatkan kerohanian seseorang sehingga mencapai tahap kesempurnaan dan menyucikan diri daripada sifat-sifat kekurangan dan yang tercela.
Abdul Qadir Isa r.a. berkata lagi:
"Jika seseorang yang menuju Allah s.w.t., bersifat dengan dengan kejujuran, nescaya dia akan mampu berjalan dan melangkah di atas jalan menuju Allah s.w.t. dengan pantas, sehingga dapat mencapai iman yang tertinggi, kerana ia merupakan kekuatan yang menggerakkan hamba tersebut. Ia merupakan atu sifat yang amat penting dalam setiap peringkat perjalanan kerohanian dalam menuju Allah s.w.t..
Peringkat-peringkat Kejujuran
Pertama: Peringkat kejujuran yang pertama bagi seseorang hamba ialah, jujur dalam bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t., kerana ia merupakan asas bagi amal soleh, dan awal peringkat kesempurnaan.
Seseorang hamba perlulah merealisasikan kejujuran dalam bertaubat, dengan penuh keikhlasan, agar taubat tersebut merupakan taubat nasuha, yang merupakan pintu utama untuk memasuki perjalanan menuju Allah s.w.t..
Dia tidak bertaubat melainkan kerana merasakan bahawa, Dia ingin kembali kepada Allah s.w.t., takkala sedar akan ketelanjurannya selama ini dalam bermu'amalah dengan Tuhannya yang Maha Menyayanginya dengan sepenuh makna cinta, bukan bertaubat kerana dipaksa, atau bertaubat kerana inginkan kesenangan duniawi semata-mata, atau bertaubat kerana ingin mendapat karamah dan sebagainya.
Kejujuran pada peringkat ini amatlah penting kerana seseorang tidak akan mencapai kejujuran di peringkat-peringkat yang seterusnya melainkan setelah merealisasikan makna kejujuran pada peringkat ini terlebih dahulu.
Kedua: Jujur dalam mentarbiah nafsu Ammarah (sentiasa mengajak kepada kejahatan).
Sesungguhnya, seseorang hamba perlulah jujur dalam ingin mentarbiah nafsu, untuk memastikan dirinya layak untuk disayangi oleh Allah s.w.t.. Tiada yang membangkitkan keinginannya untuk mentarbiah nafsu melainkan Allah s.w.t. semata-mata.
Ketiga: Jujur dalam melawan syaitan dan menghindarkan diri daripada was-was syaitan.
Dia tidak melawan hasutan syaitan melainkan kerana syaitan itu menghalangnya daripada kebersamaan dengan Allah s.w.t.. Jadi, sesiapa yang memusuhinya kerana dia menuju Allah s.w.t. keranaNya, maka pasti akan diperangi sehabis-habisnya, kerana memnghalangnya daripada menuju kekasihNya iaitu Allah s.w.t..
Keempat: Jujur dalam mengeluarkan dunia dari hatinya. Seseorang yang mampu jujur dalam membuang dunia dari hatinya, maka mudahlah dia untuk berterusan dalam mujahadah dalam menuju Allah s.w..
Kelima: Jujur dalam mencari ilmu, untuk menghilangkan kejahilan dan untuk memperbaiki amalan. Hal ini membawa kepada istiqomah dalam beramal dan melahirkan kekuatan dalam beramal.Iaitu, kejujuran dalam mencari ilmu ialah, apabila seseorang mencari ilmu untuk menghilangkan kejahilan dan untuk memperbaiki amalannya keranaNya, bukan kerana selain daripada Allah s.w.t..
Ini kerana, ilmu itu boleh jadi hijab jika ia dituntut bukan kerana Allah s.w.t., dan jika ia mengatasi apa yang difahami oleh kita, sehingga membawa kepada terfitnah dengan apa yang didengar, kerana ianya tidak difahami dengan kefahaman yang sebenar. Sebaik-baiknya, belajarlah dengan kadar apa yang diajarkan oleh mursyid kepada kita, dan jujurlah dalam belajar, bukan kerana kepentingan diri, tetapi demi menunaikan kehambaan kita kepadaNya.
Keenam: Jujur dalam beramal. Ini merupakan natijah dari ilmu yang bermanfat itu sendiri. Ia membawa seseorang hamba untuk terus meningkat dengan berterusan, dan menjadikan ilmu sebab untuk penyempurnaannya. Oleh yang demikian, hendaklah dia ikhlas dalam beramal, jika tidak akan masuk dalam dirinya, cintakan kemasyhuran, suka dipuji dan suka manusia memerhatikannya dengan pandangan penuh kemuliaan.
Jujur dalam beramal juga bererti, kita tidak melakukan amalan kerana ingin dikatakan kita sebagai orang yang banyak amalan, atau tidak melakukannya kerana inginkan kedudukan pada pandangan makhluk, tidak melakukannya kerana inginkan kelebihan-kelebihan dari Allah s.w.t. seperti keramat dan sebagainya.
Ketujuh: Ikhlas dalam kejujuran tersebut. Seseorang yang ikhlas kerana Allah s.w.t. dalam kejujurannya, maka dengannya, akan hilang rintangan-rintangan dalam perjalanannya menujuNya, menuju redhaNya, makrifatNya dan cintaNya. Secara ringkasnya, ikhlas dalam kejujuran ialah, seseorang itu tidak merealisasikan kejujuran tersebut melainkan kerana Allah s.w.t..
Ringkasnya, kejujuran kepada Allah s.w.t. dalam erti kata yang sebenar ialah, seseorang itu menginginkan Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t., bukan kerana selain daripadaNya, hatta bukan kepentingan dirinya sendiri.
Untuk mencapainya amat sukar, namun mudah jika Allah s.w.t. yang membantu kita untuk mencapainya. Jadi, pohonlah agar Allah s.w.t. mengurniakan kepada kita kejujuran dalam menujuNya kerana kejujuran dalam menujuNya merupakan pintu utama untuk masuk ke hadrahNya.
Faktor-faktor Perangsang Kejujuran Terhadap Allah s.w.t. dalam Diri
Adapun dua faktor utama dalam diri manusia, yang menjadi unsur kekuatan utama dalam merangsang kejujuran dalam diri untuk menuju Allah s.w.t. adalah:
Pertama: Rasa Diri Lemah dan Memerlukan (Ihtiaj)
Kedua: Rasa Ingin Mencintai dan Dicintai
Seseorang yang merasa dirinya lemah dan memerlukan Allah s.w.t. dalam kehidupannya, maka pasti dia akan jujur dalam beribadah dan mencari hanya redha dan bantuan Allah s.w.t. dalam kehidupannya.
Seseorang yang merasakan dirinya ingin dicintai Allah s.w.t., maka pasti akan jujur dalam ketaatannya kepada Allah s.w.t..
Kesimpulan:
Sesiapa yang jujur dalam hatinya, maka seluruh perbuatannya akan mencerminkan kejujuran dalam hatinya. Hendaklah seseorang itu jujur dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.....
15 September 2009
12 September 2009
~ IFTOR BERSAMA MASYARAKAT ~
KUANTAN ,12 september 2009 : Ikatan Muslimin Malaysia dengan kerjasama Surau sungai Isap Damai 3 telah mengadakan majlis berbuka puasa yang diberi nama "Iftor ISMA bersama Masyarakat". Program ini dihadiri oleh sebilangan masyarakat daripada pelbagai umur termasuk ahli-ahli KRIM di sekitar Taman Sungai Isap Damai.Program bermula dengan gotong-royong memasak pada pukul 3 petang di mana ahli-ahli surau bertungkus lumus memasak gulai kawah. Berbekalkan pengalaman yang banyak , lauk dapat disiapkan sebelum asar.
Pada pukul 6.30 petang , Surau telah dipenuhi oleh sebilangan ahli ISMA dan masyarakat setempat suasana kampung yang sungguh meriah menaikkan semangat ukhuwwah antara tetamu yang hadir walaupun tidak mengenali antara satu sama lain , bertegur sapa dan bertaaruf antara ahli dan masyarakat sekitar memeriahkan suasana.
Tepat pukul 7.14 azan Maghrib berkumandang menunjukkan waktu berbuka telah tiba.Tetamu boleh memilih sama ada mengambil makanan berat atau ringan.
Selepas isyak , tetamu disajikan dengan sedikit tazkirah sebelum diteruskan dengan solat Tarawikh.antara isi-isi yang sempat digarap ialah :
1. 3 golongan yang sangat rugi.
2. -mereka yang berlalu Ramadan tanpa mendapat apa-apa manfaat
3.-mereka yang mendengar nama rasul disebut tetapi tidak berselawat ke atasnya.
4-mereka yang tidak mengambil kesempatan untuk mentaati dan memuliakan ibu bapa ketika ibu dan bapanya masih hidup.
Program ditamatkan dengan solat Tarawikh dan solat Witir yang diimamkan oleh pelajar daripada maahad tahfiz kuantan.
Diharapkan agar program seumpama ini dapat diadakan dengan lebih kerap agar aktiviti-aktiviti masyarakat dipenuhi dengan aktiviti yang menambah ilmu dan bermanfaat dari segenap umur dari kecil hingga dewasa dan juga supaya kita sama-sama dapat membina jatidiri masyarakat seterusnya membina generasi harapan yang diimpikan setiap rakyat Malaysia.

08 September 2009
NUZULULQURAN + BADAR + 10 AKHIR RAMADAN = "PERUBAHAN JIWA"
Hasan Al-Banna
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra’d: 11)
Ketika Allah s.w.t. menurunkan Al-Qur’an kepada NabiNya Muhammad s.a.w., lalu Rasulullah s.a.w. membacakannya kepada umat Arab (Islam) pada ketika itu, maka ia (bacaan Al-Qur’an) memberi kesan yang mendalam bagaikan suatu sihir, yang mana ianya memberi kesan yang mendalam dalam hati manusia, memberi pengaruh dalam diri mereka dan meresap terus ke dalam rohani mereka. Maka, Allah s.w.t. mengubah umat Arab pada ketika itu kepada suatu umat yang baru dengan Al-Qur’an tersebut. Kedua-duanya berbeza (antara Arab Jahiliyyah dengan umat Islam) dan pemisahannya sangat besar antara umat Arab dalam kejahiliyyahan mereka dengan keislaman mereka.
Al-Qur’an justeru sangat memberi kesan dalam jiwa samada musyrikin mahupun orang-orang Islam. Namun, kesannya dalam jiwa kaum musyrikin hanyalah sementara dan dianggap suatu yang negatif. Maka, mereka berusaha menjauhi Al-Qur’an dan berusaha membina benteng pemisah antara mereka dengan Al-Qur’an. Sebahagian musyrikin yang lain pula berkata: “Janganlan kalian mendengarkan Al-Quran ini dan buatlah menjadi hiruk pikuk (lagho) terhadapnya, sehingga kalian mampu mengalahkan mereka”. (Fushilat:26)
Adapun orang-orang beriman, maka mereka adalah: “yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal” (Surah Az-Zumar: 18). Maka, kesan Al-Qur’an dalam jiwea mereka sentiasa berbentuk positif yang seterusnya merubah mereka kepada suatu hal kepada hal lain (yang lebih baik). Al-Qur’an juga mendorong mereka ke arah berakhlak dengan akhlak mulia dan beramal dengan amalan yang baik.
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, yang mana gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya. Kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. dan Barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.” (Surah Az-Zumar: 23)
Demikianlah Al-Qur’an yang sering dibaca kepada kita, dan demikianlah Al-Qur’an yang sering diperdengarkan kepada kita. Adakah berubah jiwa kita dengan mendengar bacaan Al-Qur’an tersebut? Adakah terbentuk akhlak kita menjadi akhlak yang baik dengannya? Adakah hati kita terkesan dengan Al-Qur’an sebagaimana terkesannya hati golongan muslimin terdahulu?
Malangnya tidak begitu wahai para saudaraku. Kita sering membaca Al-Qur’an dengan penuh pelbagai alunan indah, dengan kalimat-kalimat yang terus diulang-ulang dan irama yang kepelbagaian, namun… tiada apa pun yang berlaku dalam diri kita.
Padahal, Al-Qur’an itu ibarat aliran air yang mengalir deras yang mampu memberi kesan yang kuat. Namun, antara kita dengan Al-Qur’an ada tembok yang membatasi. Oleh yang demikian, kita tidak seperti golongan terdahulu yang terkesan dengan Al-Qur’an lalu jiwa mereka berubah dengannya. Inilah kita sekarang yang ingin mengikut golongan yang terdahulu (As-Salaf As-Sholeh). Kita mahu kebangkitan semula dalam jiwa orang-orang Islam dan umat Islam secara umumnya agar mereka menjadi umat Al-Qur’an dan negara Al-Qur’an.
Ini adalah bulan Al-Qur’an, bulan Ramadhan yang menaungi kita dengan unsur kerohaniannya yang tinggi. Tidakkah kita mahu mempunyai suatu hubungan yang hakiki dengan Al-Qur’an yang mampu menyucikan rohani kita dan mengubah jiwa kita dengan perubahan yang baik?
Sesungguhnya kita hari ini terkesan dengan duniawi dan diselubungi cinta keduniaan dalam segenap jiwa kita. Tidakkah kita mendengar firman Allah s.w.t. yang Maha Agung yang menyebut:
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنْ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Maksudnya:
“Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (Sura At-Taubah: 24)
Allah s.w.t. berfirman lagi:
“tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. (16) sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (17)” (Surah Al A’la: 16-17)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
“Apa yang di sisimu akan lenyap binasa, sedangkan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal”. (An-Nahl:96)
Maka, hendaklah kita mengutamakan apa yang di sisi Allah s.w.t. berbanding apa yang di sisi kita. Hendaklah kita mengutamakan redha Allah dan ganjaranNya dan tidak mengeluh dengan apa yang menimpa kita di sepanjang kita mengharungi jalan kebenaran yang telah diamanahkan, terutamanya kesakitan jiwa mahupun pengurangan harta benda, sedangkan tiada yang dapat menimpa kita melainkan apa yang telah Allah s.w.t. tetapkan kepada kita, dan sudah tentu tiada yang menimpa kita melainkan kebaikan belaka dengan izin Allah s.w.t..
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai kurnia yang besar (174) Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakutkan (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (175) (Surah Ali Imran: 174-175)
Kita hanya melihat kepada sebab-sebab (Al-Asbab) seolah-olah ianya adalah segala-galanya, namun kita mengabaikan pergantungan kita kepada kehendak Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, bantuanNya terhadap para waliNya dari arah yang tidak disangka-sangka, serta sokonganNya terhadap mereka (para waliNya) samada manusia menyedarinya ataupun tidak. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar bagi (masalah)-nya dan memberinya rezeki kepadanya dari sudut yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (At-thalaq:2-3).
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi” (Al-Qashash:5-6) Begitu juga dengan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkan segala urusan diserahkan hanya kepada Allah s.w.t. sebelum dan sesudah.
Adakah kita mempunyai jiwa yang mampu berubah dengan wahyu rabbani, janji Qur’ani dan ayat Samawi ini, lalu kita lebih meyakini apa yang di sisi Allah s.w.t. berbanding apa yang di sisi kita?
Kadang-kala, kita membenci hanya dengan sebab yang kecil sahaja. Kita saling menjauhkan diri, saling bermusuhan dan sebagainya samada dengan sesuatu sebab atau tanpa sebarang sebab yang munasabah. Kita saling berpecah hanya kerana berbeza pendapat, hanya kerana mengikut hawa nafsu, syahwat, kepentingan diri, keduniaan, tujuan yang tercela, khayalan, angan-angan palsu dan keinginan yang buruk.
Allah s.w.t. berfirman:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
Maksudnya:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai- berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu dengan nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara”. (Ali Imran:103)
Firman Allah s.w.t. lagi yang berbunyi:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Maksudnya:
“Sesungguhnya, hanyalah orang-orang yang beriman yang bersaudara”. (Al-Hujurat:10)
Firman Allah s.w.t. lagi:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
Maksudnya: “Dan orang-orang beriman laki-laki dan perempuan, satu sama lainnya saling membantu dan menolong…”. (At-taubah:71)
Adakah kita tidak terkesan dengan ungkapan Allah s.w.t. yang mulia ini untuk seterusnya melupakan kedengkian dan kebencian (kepada sesama muslim) dan menyucikan jiwa kita lalu kita ingin bersama-sama di atas kalimah Allah (di bawah satu aqidah) lalu kita menjadi saudara sesama kita dengan penuh makna persaudaraan hakiki, saling mencintai antara sesama kita dengan roh persaudaraan dan saling bekerjasama untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya”. (Al-Mu’minun:1-11)
Di mana kita jika dibandingkan dengan sifat-sifat mulia yang disifatkan oleh Allah s.w.t. melalui ayat ini sebagai hamba-hambaNya yang beriman?
Antara sifat-sifatnya adalah khusyuk dalam solat, menjaga solat, tidak bercakap perkara-perkara melalaikan, beramal untuk menghindarkan dari apa yang tidak memberi faedah dan tidak memberi manfaat samada kecil mahupun besar, membayar zakat samada zakat fitrah mahupun zakat harta untuk memberi jaminan bagi golongan yang dilindungi, membersihkan harta, mencegah fitnah, membuat baik kepada golongan faqir dan miskin.
Begitu juga menjaga kemaluan dan memeliharanya daripada perbuatan yang tidak dihalalkan oleh Allah s.w.t., serta menjaga semua anggota tubuh dari hal-hal yang berhubungan dengannya seperti mata, telinga, mulut, hidung, tangan dan kaki. Suatu ketika dahulu, penyair arab ada berkata:
Demi umurmu tidaklah jiwaku tertarik kepada kejahatan,
Dan tiadalah kakiku membawaku kepada keburukan,
Tidak juga pendengaran dan penglihatanku membawa kepadanya,
Juga minda dan akalku tidak menunjukkanku kepadanya.
Menjaga kemaluan dan jalan-jalannya, membawa kepada kesucian perasaan, ketinggian rohani, kebersihan jiwa dan menjaga kehormatan, seterusnya melawan syaitan, membawa kepada redha dari Allah yang Maha Pengasih, menunaikan amanah, memenuhi janji (kehambaan), melaksanakan tugas yang hak, memurnikan jiwa, menenuhi ruang kepercayaan diri, membangunkan keseimbangan dalam pengenalan dan kerjasama sesama manusia.
Dimanakah kita kini berbanding sifat-sifat yang disebutkan oleh Al-Quran, yang telah melahirkan generasi yang beriman dan jujur, yang telah membentuk golongan muslim terdahulu, sehingga mereka menjadi sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia?
Demikianlah antara contoh daripada ajaran Al-Qur’an yang mampu memberi kesan mendalam dalam jiwa generasi salaf, sehingga terzahir menerusi akhlak mereka, lalu terpancar cahaya yang bersinar untuk (manfaat) manusia seluruhnya, kemudian mereka menjadi petunjuk buat mereka (manusia) menuju jalan yang lurus.
Namun, adakah jiwa kita mampu berubah lalu mengubah keadaan kita (kepada keadaan yang lebih baik)?
Allahumma Haqqiq Raja’ana wa Ajib An-Nida’ Amiin (Wahai Tuhanku, realisasikanlah harapan kami dan perkenankan seruan doa kami. Perkenankanlah).
Al-Imam Al-Qudwah Al-Murobbi
Hasan Al-Banna
RahimahuLlahu wa Nafa’ana bihi
[Risalah ini ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna]
IFTOR JAMAI'E 1430 'H
5 september 2009, Kuantan - Dalam usaha untuk menyuburkan ruh Ramadhan Al-Mubarak dan ukhuwwah Islamiyyah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Pahang telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang diberi nama "Iftor Jam'ie 1430H". Majlis yang dianjurkan oleh Biro Dakwah ISMA Kuantan ini bertempat di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah. walaupun lokasinya yang terletak jauh di dalam hutan,amun ia tidak menghalang kehadiran 150 orang muslimin dan muslimat daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Walaupun ramai di kalangan yang hadir baru pulang dari menjalani peperiksaan ada juga sebahagian ahli yang terpaksa berbuka di tempat lain atas sebab komitmen kerja, namun kehadiran iftor kali ini cukup memberangsangkan.
pada pukul 6 petang dewan makan telah siap dibersihkan oleh sebilangan ahli KRIM bersama "pakcik" dan "makcik" ISMA bagi memastikan nyediakan tempat makan bbersih. Sekitar jam 6.30 petang dewan semakin dipenuhi orang dan waktu terluang ini diambil untuk bertegur sapa dan merapatkan ukhuwah di kalangan ahli. Jam 7.15 petang menandakan waktu berbuka puasa, dengan jamuan makanan berat berkonsepkan ala "katering" yang disediakan sendiri oleh "pakcik-pakcik" ISMA.Terdapat juga makanan yang dibawa sendiri oleh ahli-ahli yang lain. Pelbagai juadah disajikan dari kurma , gulai kawah , kuih muih, aneka minuman dan pencuci mulut. setelah habis berbuka , solat Maghrib didirikan di surau berdekatan dewan makan.
diselit seisi tazkirah oleh Ustaz Rushdan antara pengisian yang sempat digarap ialah:
1) Betapa pentingnya menghargai Al-Quran di bulan Ramadhan.
2) Al-Quran bukanlah kitab undang-undang,sejarah,kerohanian atau kesihatan tetapi ia adalah "mukjizat" kerana kesemua aspek penyelesaian masalah dalam kehidupan manusia ada di dalamnya.
3) Biarlah kita yang menjadi asbab musabbab supaya Al-Qur'an kekal hingga ke hari kiamat dengan membaca , menghafal memahafi serta mengamalkannya.
Selesai solat witir, Haji Amiruddin selaku Setiausaha ISMA Kuantan memberi ucapan penutup dan berharap program seumpama ini akan terus diadakan serta ukhuwah ini dapat diteruskan dan disemai supaya dapat memupukkan semangat persaudaraan Islam yang mapan. Disamping itu beliau juga menggesa kita dapat memperkuatkan mujahadah terhadap nafsu kita sepanjang bulan Ramadhan ini majlis diakhiri dengan sedikit "More" dan gotong-royong membersihkan kawasan.
03 September 2009
Ramadhan Kareem
Suatu Perjalanan…
Masa terus berlalu dalam sedar atau tidak, samada kita merelakannya atau tidak dan samada kita memanfaatkannya ataupun tidak. Ketika melihat setiap detik dalam saban hari pada bulan Ramadhan yang telah berlalu, sehingga kini berada di pertengahan bulan Ramadhan, makin terasa hakikat kehidupan ini sebagai suatu perjalanan, malah menghayatinya dengan segenap makna sebuah perjalanan.
Baru semalam rasanya, ditulis tulisan bertajuk “suatu kehadiran”, namun kini sudah di pertengahan kehadiran yang dikatakan suatu kehadiran itu. Setiap yang hadir, kemudian kan melintasi, melalui seterusnya meninggalkan dan takkan kembali. Begitulah perjalanan kehidupan yang bagaikan jalan sehala tanpa boleh berpatah balik namun tidak boleh berputus asa.
Ketika dalam perjalanan kehidupan, yang mana ukuran kecilnya diukur dalam bulan Ramadhan yang mulia, makin terasa hidup ini terlalu bernilai. Nilainya sudah tentulah pada sebuah hubungan. Hubungan itu sudah tentulah hubungan kehambaan diri dengan Tuhan.
Hidup ini mengandungi jutaan “pergi tak kembali” sebelum tiba detik “pergi tak kembali”. Betapa banyak hari dalam kehidupan kita yang sudah “pergi tak kembali” yang menghanyutkan kita ke persisiran “pergi tak kembali” yang benar-benar pasti. Inilah yang namanya perjalanan. Memang bukan kita yang memilih untuk berjalan dalam kehidupan yang kita sendiri tidak memilih bila dan bagaimana kesudahannya. Namun, kita disuruh memilih corak perjalanan kita sepanjang anugerah perjalanan hidup ini agar menentukan corak kesudahan perjalanan tersebut.
Dunia ini benar bagai suatu tempat perhentian bagi musafir berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Ketika melihat bilangan hari yang telah berlalu dalam bulan Ramadhan kali ini, terasa tidak banyak menunaikan haknya atau menunaikan tugas kehambaan sebaiknya padanya. Itu jika melihat bilangan hari yang telah berlalu dalam bulan Ramadhan kali ini. Bagaimana dengan bilangan hari yang telah berlalu dalam sekian bulan Ramadhan yang telah berlalu? Bagaimana pula dengan bilangan hari yang telah berlalu dalam seluruh jumlah usia kita yang telah berlalu? Masya Allah…
Banyak benar masa-masa yang telah berlalu namun kosong dari ketaatan dan penunaian tugas kehambaan. Bagaimana pula dengan masa-masa yang telah diisi dengan kemaksiatan (semoga Allah s.w.t. mengampuni dosa-dosa diri yang penuh hina ini)? Sekarang sudah di tengah-tengah perjalanan samada di tengah-tengah bulan Ramadhan atau di tengah-tengah usia kehidupan. Esok belum menjanjikan kepastian yang dapat mententeramkan rasa kerugian hari ini dek kehilangan banyak masa yang telah dianugerahkan.
Hidup di dalam bulan Ramadhan, benar-benar mendewasakan, andai bulan Ramadhan menghidupkan jiwa kita dengan kehambaan kepada Tuhan, dengan kita menghidupkannya dengan ketaatan. Dengan merasakan perjalanan bulan Ramadhan, terasa penghayatan terhadap sebuah perjalanan kehidupan yang lebih luas. Rasa menghargai bulan Ramadhan membawa kepada rasa menghargai segenap usia kehidupan.
Bulan Ramadhan justeru sebuah madrasah dalam mengajar kita untuk menghargai setiap yang berharga. Dengan menghargai kehidupan yang sebagai sebuah perjalanan, mudah-mudahan memberi suatu fokus yang mendalam dalam diri kita untuk sentiasa memanfaatkan masa-masa yang masih tersisa dengan ketaatan dan dengan menunaikan tugas kehambaan diri kepada Allah s.w.t..
Perjalanan hidup ini menuju suatu kepastian. Kematian itu pasti datang sebagai tanda kesudahan bagi suatu perjalanan. Malah, setiap yang pasti datang itu terlalu dekat. Permulaan kehidupan itu adalah peluang. Pertengahan kehidupan itu adalah perjalanan dan perlu lebih menghargai hari-hari yang mendatang dan meminta ampun atas kekurangan dalam mengisi hari-hari yang telah berlalu. Kesudahan kehidupan itu adalah destinasi, penutup peluang dan waktu mengambil keputusan.
Justeru, di permulaan perjalanan, kita perlu banyak mengharap rahmat Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. membantu kita dalam menjalani sebuah jalan kehidupan menuju redha dan cintaNya. Kita tidak akan memilih jalanNya kalau bukan Allah s.w.t. yang memilih kita untuk menujuNya. Hanya dengan rahmat dan kasih Allah s.w.t. sahaja, Allah s.w.t. memilih kita untuk menujuNya agar mencapai redhaNya. Oleh sebab itulah, bulan Ramadhan itu, permulaannya adalah rahmat Allah s.w.t., agar kita menghayati di awal perjalanan kita menuju Allah s.w.t., bahawa kita sangat memerlukan kepada rahmat dan kasihNya.
Jika hari-hari yang telah berlalu dalam usia kita itu merupakan hari-hari yang kita tidak melangkah menuju Allah s.w.t., maka jadikan sekarang, hari ini, adalah permulaan perjalanan kita menuju Allah s.w.t. dengan mengharapkan bantuanNya di sepanjang perjalanan kita menujuNya. Kita justeru tidak akan berjalan menujuNya tanpa rahmatNya, maka harapkanlah sentiasa rahmatNya menemani perjalanan kita menujuNya. Jangan putus asa biarpun kita lambat memulakan langkah. Sesungguhnya, jalan menuju Allah s.w.t. itu pada siapa yang jujur, bukan pada siapa yang terlebih dahulu sudah melangkah menujuNya. Baru dalam perjalanan menuju Allah s.w.t. bukan bererti suatu kelewatan dan sudah lama dalam perjalanan itu juga bukan bererti suatu keselesaan.
Jika kita sudah berada di pertengahan perjalanan menuju Allah s.w.t., maka kita sangat memerlukan keampunan Allah s.w.t., agar Allah s.w.t. mengampuni keterlanjuran kita tatkala menghabiskan banyak usia yang telah lalu tanpa ketaatan kepadaNya. Hanya dengan keampunan terhadap keterlanjuran yang lalu, dapat membantu kita terus fokus dalam menunaikan kehambaan diri kepada Allah s.w.t. di hari-hari yang mendatang. Oleh kerana itulah, bulan Ramadhan itu dijanjikan keampunan Allah s.w.t. di pertengahannya, kerana bagi mereka yang menghayati sebuah perjalanan menuju Allah s.w.t., maka pasti menghayati betapa pentingnya keampunan Allah s.w.t. di sepanjang perjalanan kita menujuNya kerana perjalanan kita menujuNya tidak pernah sunyi dari kecelaan, dosa, kesalahan dan sebagainya. Hanya pengampunan dari Allah s.w.t. terhadap dosa-dosa yang telah lalu akan menjadi kekuatan dalam terus menuju Allah s.w.t. dengan menunaikan kehambaan kepadaNya.
Hujung perjalanan kehidupan itu adalah waktu menerima keputusan. Tiada lagi peluang. Yang ada hanyalah debaran, penyesalan atau keseronokan. Pada ketika itu, cukuplah bebas dari api neraka itu sebagai suatu keputusan yang sangat bermakna buat setiap hambaNya. Barangsiapa yang bebas dari api neraka akan dimasukkan ke syurga. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalam syurga, maka dialah orang yang berjaya. Oleh yang demikian, di penghujung perjalanan, mendapat keputusan bebas dari api neraka itu adalah suatu keputusan yang sangat mengembirakan para hamba Allah s.w.t.. Maka, oleh sebab itulah, Allah s.w.t. membuat ilustrasi kecil pada bulan Ramadhan, di mana di akhir bulan tersebut, Allah s.w.t. menjanjikan pelepasan atau bebas dari api neraka. Ini kerana, kesudahan usia kita, kita sangat memerlukan pelepasan dari api nereka yang merupakan natijah dari rahmat dan keampunan Allah s.w.t..
Selagi usia masih berbaki dan kematian masih belum mengunjung tiba, maka hargailah perjalanan ini. Andai memilih untuk tidak menghargainya, bererti anda memilih untuk tidak menghargai diri sendiri. Kehidupan ini simbol hubungan kita dengan Allah s.w.t.. Berjalanlah menuju Allah s.w.t. dalam kehidupan kita, nescaya kita dapati Allah s.w.t. lebih lagi mendekati kita. Malah, tanpa Dia mendekati kita, siapalah kita untuk mendekatiNya.
Yang dikatakan kemuliaan insan itu adalah, orang-orang yang didekati (muqorrobin). Iaitu, orang-orang yang mendekati Allah s.w.t dengan ketaatan dalam masa yang sama melihat ketaatan yang dilakukan adalah anugerah Allah s.w.t. kepada dirinya kerana Allah s.w.t. sendiri memilihnya untuk mendekatiNya.
Bukan semua orang yang berjalan itu sampai. Namun, orang yang memang tidak memulakan langkah untuk berjalan memang pasti tidak sampai. Berbaik sangka kepada Allah s.w.t., lalu mulakan perjalanan dan teruslah berjalan sampai masa yang telah ditetapkan....

30 August 2009

KRIM merupakan singkatan daripada kelab remaja ISMA juga sebuah kelab yg khusus kepada remaja yg inginkan 'perubahan' dan 'cintakan' kehidupan berlandaskan Islam . InsyaAllah saya akan memasukkan seberapa banyak input dan info terkini mengenai program-program KRIM terutama di kawasan sekitar KUANTAN . Maklumat lanjut sila layari web ISMA http://www.ismaweb.net/ di situ anda boleh mengetahui perkembangan KRIM di seluruh Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)